Sunday, 12 August 2012

Kelahiran kedua...

Akhirnya selepas melalui proses yg sama dengan anak sulung aku, maka keluarlah cahaya mata kedua aku yang diberi nama WAN MUHAMMAD SYAFI IRFAN pada 17 Sept 2010.....masa kami scan anak aku nie dulu memang aku melompat kegembiraan..akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak dapatkan anak lelaki...dah dapat sepasang..yeyyy!!..yeeyy!!!....tapi tempoh nak bersalin selepas kluar air ketuban tuh xla mengambil masa yg lama macam si kakak...masa tuh aku otw nak ke ofis..dlm perjalanan bini aku call kata dah nak bawak ke hospital...apa lagi tanpa melengahkan masa aku pecut terus ke opis..(lagi 5KM nak sampai opis...lepak minum2 dulu baru pergi hospital...hehehehe)...


Tapi dalam gumbiranya aku dpt anak lelaki terselitlah kisah lucu,sedih dan marah....Alkisahnya bini aku nak letak nama Wan Muhammad Syafi Irfan tapi masa aku nak daftar kat Jabatan Pendaftaran aku tertukar nama SYAFI kepada SYAHFI..aku pun xtau sama ada aku keliru memikirkan pampers yg bini aku order belum beli ataupun aku terlalu cemas...aku cuba menerangkan pada bini aku apalah ada pada nama (walaupun aku terbaca satu pepatah 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama') tapi bini aku tetap berkeras nak nama asal yang di bagi...kononnya singkatan dari nama SYAFIQAH...Arrgghgg...tensennya aku....tapi bila memikirkan benda nie akan diungkit oleh bini aku walaupun aku sudah tiada di dunia nie, akhirnya aku pun mengalah...akhirnya dengan pujuk rayu dan bayaran gantian RM10 kepada Jabatan Pendaftaran, akhirnya nama anak aku dapat ditukar...(letih aku dgn kerenah org dalam pantang nie...huhhhh)............

No comments:

Post a Comment